rw

rw

Monday, May 30, 2011

Terputusnya hasil kajian akademik dengan pengguna

Mencari tempat untuk bercuti tidaklah mudah. Keputusan untuk memilih mana satu tempat yang sesuai perlu dibuat. Tetapi keputusan untuk memilih itu dilakukan setelah ada asas yang tertentu seseorang itu buat.

Samada keputusan itu dibuat mengikut harga, atau kemudahan yang disediakan, atau kecantikan persekitarannya, semua itu adalah antara perkara yang menjadi asas terhadap pemilihan sesuatu tempat.

Maklumat yang diberikan oleh pemilik tempat bercuti tersebut samada hotel, chalet, resort dan seumpamanya sering tidak cukup atau langsung tiada, yang dapat digunakan oleh pembeli untuk membuat keputusan samada bersetuju untuk membuat tempahan atau tidak.

Pembeli akan rasa sangat selesa untuk membuat tempahan setelah melihat persekitaran tempat kediaman tersebut, keadaan luar dan dalamnya dan juga jika terdapat gambar-gambar yang menunjukkan keadaan sebenar. Sesiapapun akan berbuat begitu. Membuat tempahan tanpa melihat sering berasaskan andaian.

Tetapi peniaga atau pemilik tempat kediaman tersebut tidak menyediakan maklumat-maklumat tersebut. Mereka mungkin tanpa sedar telah mengabaikan tentang keperluan mereka menyediakan maklumat-maklumat tersebut. Mereka tidak menyedari bahawa telah banyak kajian akademik dibuat berhubung dengan faktor-faktor 'keputusan untuk membeli' sesuatu barangan atau perkhidmatan.

Bagi penyelidik-penyelidik berkenaan, mereka berasa sudah cukup hasil kajian akademik mereka itu dilaporkan dalam persidangan atau jurnal akademik mereka, sedangkan persidangan dan jurnal mereka itu hanya diedar dalam kelompok kecil elit akademik sahaja. Sedangkan pengguna sebenar hasil kajian mereka itu ialah peniaga, pengguna dan masyarakat kebanyakan.

Terputusnya jaringan inilah yang menjadikan masyarakat tidak sedar apa kerja orang di universiti, dan mereka berasa universiti hanya untuk mengeluarkan graduan untuk pasaran kerja semata-mata. Sedangkan hasil penyelidikan yang berlambak itu tenggelam dalam dunia elit akademik sahaja.

Rantaian ini perlu disambungkan!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...